Pusat Pemulihan Dadah dan Akhlak Darul Munawarah telah ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Almarhum Tuan Guru Paduka Ayahanda Zainal Abidin bin Haron. Tujuan pengasas menubuhkan pusat ini adalah disebabkan peningkatan jumlah penagih dadah di kalangan masyarakat terutamanya masyarakat bangsa Melayu. Oleh itu Almarhum Ayahanda Tuan Guru telah menubuhkan pusat ini sebagai salah satu pendekatan untuk memulihkan individu yang terjebak dalam masalah sosial atau ketagihan dadah. Pusat Pemulihan Dadah dan Akhlak Darul Munawarah kemudiannya mula berdaftar dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada tahun 2011 dan beroperasi sehingga hari ini.